Parti Keadilan membuat pilihan
yang bijak
Saya menyokong keputusan parti Keadilan yang menolak cadangan
Umno untuk berunding mengenai perpaduan Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui,
tiada apa yang hendak dirundingkan. Ia adalah masalah Umno dan tiada sebab parti
Keadilan yang dianggotai oleh ahli pelbagai kaum turut diajak membincangkan
perpaduan Melayu yang tiada kena-mengena dengan parti itu. Kalau membuat sebarang
keputusan dan kadang-kadang bergantung kepada keadaan, saya fikir keputusan itu
hendaklah dibuat atas kepentingan parti itu sendiri. Tiada sebab parti Keadilan
harus memikirkan kepentingan Umno melebihi kepentingan parti itu sendiri.
Parti
Keadilan tidak akan lupa tindakan Umno@BN menangkap pemimpin-pemimpin parti itu
dan pada masa yang sama menjemput parti itu berunding mengenai perpaduan Melayu.
Semua orang sudah tahu perbincangan perpaduan Melayu mengandungi banyak muslihat,
agenda tersembunyi dan boleh juga merupakan perangkap untuk menjerat Pas dan Parti
Keadilan.
Muhyiddin kata parti Keadilan mengalami kerugian kerana menolak
tawaran Umno dan dia menambah parti itu setidak-tidaknya mencuba tawaran itu.
Muhammad Taib berkata parti Keadilan hendaklah memberikan Pas dan Umno peluang
untuk membincangkan isu berkenaan dengan perpaduan Melayu. Hishammuddin berkata
parti Keadilan setidak-tidaknya mempertimbangkan matlamat perbincangan. Dia
menambah niat Umno ialah menyatukan orang Melayu dan sepatutnya tiada penolakan
tawaran perbincangan perpaduan Melayu. Tambahan pula parti Keadilan dikatakan
membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan tawaran semasak-masaknya.
Kalau
tak nak terima tawaran apa yang nak dibising-bisingkan. Parti Keadilan berhak
terima dan tolak tawaran Umno. Setelah saya baca kenyataan pemimpin-pemimpin Umno
di atas, bunyinya macam ianya perangkap Umno untuk menjerat parti Keadilan dan
apabila diketahui parti itu menolak tawaran, seolah-olah pendapat
pemimpin-pemimpin di atas adalah untuk memujuk parti Keadilan untuk menarik balik
keputusan supaya akhirnya masuk perangkap juga yang dikenakan oleh Umno. Ini
hanyalah pendapat aku, mungkin betul atau mungkin salah. Pas dinasihatkan supaya
mengambil sikap berhati-hati apabila berbincang dengan Umno kerana kita semua
orang sudah tahu siapa Umno.
LTL
|
|